Friday, August 13, 2010

Kami Bukan Sengaja Mahukan Gastrik Datang Time Poser


belUm terlambat rasanya mengucapkan AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN,,,
da masok hari ke3 umat islam menjalani ibadah puasa untuk tahun nie,,,
ini da masok taun ke4 aku berpuasa jauh dr kg halaman,,,
rindu sedeYh,,sumer ader arr pakej lengkap tp nk wat cmna huhuh da nsb
gpown da lme kowt merantau hahhha,,,,,tp seyes rndu gler nk bpuasa ngn family,,ini bLom akak n abg aku call ckp wat ifatar kat umah diorg lagi hahhha,,da ar wat tyme aku jauh hahhah,,sajer jer an hhahahhah,,,,,,,
tp aku x nak cter sal nie byk sgt hahha sbb lps nie mst aku cter gak hahhah,,

aku nk cter sal ada satu bLoGGER nie aku geram gler lepas aku baca,,,,
tajuk dier GASTRIK or TRIcK,,mmg panas siot aku bace,,,
aku terasa kowt coz aku pown ader gastrIk gak,,,
die ingat ktorg nie sesuker ker dpt gastrIk,,,
die tahu ker azab bler dtg gastrIk,,ader yg trOk smpai kene injection bagai,,,,
die sedap MULUT jer ckp cm ktorg yg ader gastrik ni pnyakit main2......
da arr malas nak layan tp aku PAnAS gler ,,,
nsb bek bLn Poser,,,,

nie akU ader fakta sal gastrIK utK konGsi ngn KOrg,,;;;

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Penyebab Gastrik

Diagram summarising control of stomach acid secretion, emphasising interaction between the body and antrum.Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.

Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Punca-punca lain Gastrik:

1. Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
2. Pengambilan alkohol yang berlebihan
3. Pengambilan kokain
4. Merokok
5. Stres
6. Gangguan autoimun
7. Penyakit crohn
8. Radiasi dan kemoterapi
9. Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
10. Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
11. Rembesan asid gastrik yang berlebihan
12. Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
13. Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.

Gastritis terbahagi kepada dua:
i. Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
ii. Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.

Tip sepanjang bulan puasa
a. Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastritis tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan
b. Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
c. Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
d. Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur
e. Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman
f. Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya
g. Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak
h. Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini
i. Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong
j. Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.


k arr,,,sahur pown da skg aku nk tdo
sok pagi ader quiz math lak hope bLH jawab lar.,,,

2 comments:

  1. dye belum rasa sakit gastrik tu mcm mna.. thu ckp pkai air liur boleh laaa... sakit smpai rsa mau putus urat perut tau ak.. menggigil badan tahan sakit.. grrr.. emo.. emo

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Disini.
Satu Pun Jadilah. Hehe.

-all rights reserved by encik crecko official website-